Welcome



Hye, thanks for visiting my ugly blog and annoying post. Hehe btw jangan lupa follow ya

Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Cool Friends



Credits

Template is made by Sharo.
Thanks to Sweet cousin for the big help. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Shafiq Ishak 2013/2014.

// Listen ♥
Kebebasan. Hip Hip Hooray
Wednesday, December 4, 2013 , 1:55 AM , 0 Comment[s]
Hye assalammualaikuummmm. Sekarang baru lah ada masa nak update blog sejak-2 dah merdeka and habis SPM masa 27/11 haritu kan. Hanya budak-2 SPM ja tahu betapa best and seronoknya bila dah habis sekolah dan bebas daripada jajahan SPM. Otak memang rasa lapang sangat sebab tak payah fikir pasal pelajaran , sekolah dan makcik kantin , eh? tiba-2. Hahaha. Masa pengawas peperiksaan nak kutip last paper, biology paper 3 memang rasa nak melompat terjun bangunan sekolah dah, rasa nak jerit dekat telinga kawan sebelah pun ada. Tengok kiri kanan dalam dewan peperiksaan tu memang muka excited habis lah, muka nak join aku terjun bangunan sekolah.



Syukur Alhamdulillah sebab sepanjang SPM berlangsung aku tak dapat apa-2 bala atau pun penyakit dan boleh jawab semua paper dengan tenang. Terima kasih atas doa ibu bapa, guru-2 dan kawan-2 yang mengiringi sepanjang SPM. Tanpa doa mereka siapa lah saya untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan. Cewahh ayat. Hahah. Semua paper boleh jawab dengan agak baik lah kecuali paper addmath dengan kimia. Aku sanggup ulang balik buat paper tu semua. Rugi kot. Tapi sayang masa dah tak boleh berputar kembali. Terima je la keputusan seadaanya. Aku percaya kepada Rezeki Allah.


Lepas dua hari habis SPM, masa 30/11 kami sekelas pun buat trip pergi Batu Ferringhi. Sumpah best sebab satu kelas menggila tepi pantai sana. Yeahh. haha nanti aku cerita untuk entry seterusnya. Sabar kay. Hehe

Tak sangka pulak kan sepanjang aku tak update blog selama 8 bulan ni *lama kot. Korang sudi meriahkan chatbox aku and blogwalking dekat blog huduh ni. Hehe. Thanks sangat-2. Nanti aku balas kunjungan korang okey.

Oke lah, sampai sini je kot entry untuk hari ini. Terima kasih kerana sudi baca. Nantikan entry aku yang seterusnya, TRIP TO BATU FERRINGHI, PENANG yeayyyyy.