Welcome



Hye, thanks for visiting my ugly blog and annoying post. Hehe btw jangan lupa follow ya

Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Cool Friends



Credits

Template is made by Sharo.
Thanks to Sweet cousin for the big help. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Shafiq Ishak 2013/2014.

// Listen ♥
First and Last
Sunday, December 8, 2013 , 8:45 AM , 0 Comment[s]
Hye Assalammualaikum. Hari ni nak menaip entry trip kelas yang pertama dan terakhir ke batu ferringhi 2 hari 1 malam. First of all mari lah kita berdoa akan keselamatan sebahagian rakyat malaysia yang terpaksa mengharungi kehidupan mereka pada musim banjir ini. Walaupun rumah, kawasan, daerah dan negeri aku tak kena banjir ni tapi aku tetap rasa sedih dengan apa yang berlaku pada kawan-2, makcik-2 dan saudara sesama islam aku di sana. Semoga anda terus tabah dan bersabar atas ujian Allah ini.



Oke berbalik kepada story trip ni. Actually trip ni memang dah dirancang sebulan sebelum spm. Bincang sekali dengan baju kelas. Cikgu dah decide nak buat bbq and steamboat so tempat yang sesuai mesti lah pantai. Kitorang taknak pergi pantai jauh-2 sangat so cari lah pantai dalam penang ni yang memang terkenal tu, batu ferringhi. Cikgu jugak lah yang tolong cari chalet yang kami nak tidur. Kami tak boleh sangat lah nak tolong cikgu sebab time tu dah SPM so semua cikgu yang handle. Thanks sangat-2 dekat cikgu Fuziyah a.k.a Mama Zie. Kami just pilih design baju kelas yang awesome dan simple saja. Hehe


Oke kitorang bertolak pukul 1 tengahari then sampai sana dalam pukul 2,3 kot then sampai chalet pilih bilik seaview and bilik biasa. Just ada 2 bilik seaview untuk kitorang and lagi 3, bilik biasa so semua ada 5 bilik saja. Memang kecewa lah tak dapat seaview kan tapi last-2 aku beruntung gila tak dapat seaview sebab ada malapetaka berlaku dalam bilik tu. Haha fuhhh. Kitorang rehat kejap then jalan kaki ramai-2 makan isi perut. Tak jauh pun nak jalan kaki and banyak kedai boleh cari area situ so memang strategik sangat chalet tu. Lepas makan terus pergi depan chalet terjun laut ramai-2 sampai maghrib. Memang terbaik lah mandi pantai ramai-2. Sebelum pergi tu dah plan nak main istana pasir, galah panjang, bola tampar tapi? Semua taknak main, seronok nak mandi pantai lebih. Choi penat ja aku plan semua tu. Hahaha












Malam tu pulak ada bbq, birthday Izati & Syahirah dan cabutan bertuah. First buat bbq and steamboat. Macam gotong royong lah masak dekat situ. Then semua pakai mask ala-2 masquerade sebab ada birthday party Izati and Syahirah. Habis semua tu buat cabutan bertuah pulak, aku dengan yasmine yang kena handle. Alaaa cikgu muka dah kepenatan teruk. hahaha. Aku just dapat bekas air jenama tupperware tu. Oke la tu kan. Si haikal and asfarizul dapat hadiah hamper. Penuh bilik kami dengan makanan. Aku tak dapat habiskan la semua makanan tu sebab dah terlampau kenyang. Dah habis semua majlis, kitorang buat campfire pulak. Tak semua yang sporting nak join, ada yang nak pergi night market malam tu and yang paling tak best ada ja yang nak berkurung dalam bilik tu. Ergghhh. So biarkan yang taknak join, yang nak join kitorang teruskan. Mula-2 tu memang susah la nak hidupkan api, hujan rintik-2 pulak malam tu. Dengan penuh kesabaran kaum-2 adam, akhirnya api tu dapat dihidupkan. Alif pulak ada buat award time campfire tu. Memang gempak ah, aku dapat Fashionista (Guy) Award. Oh thank you semua pengundi. Hahaha bajet. Dah habis menyanyi semua, kitorang letih then masuk bilik masing-2 dalam pukul 2.








Malam tu pulak dalam bilik aku, Ikhsan kena kacau dengan hantu. Hishh. Boleh pulak dia main tampar-2 kawan aku tu. Aku pun terdengar bunyi kaca jatuh dalam bilik tu, aku ingatkan handphone la kan so aku buat taktau ja. Bila bangun pagi esok, dorang kata takda benda jatuh pun tapi dorang pun dengar benda yang sama dengan aku. Fuhhh serem gilos chalet tu.


Actually masa campfire tu aku plan lah nak bangun awal nak tengok matahari terbit. Memang tak ah, semua tak bangun. Ada 2,3 orang ja yang bangun awal siap kejutkan kitorang. Aku memang tak bangun lah, kaki habis sengal-2 macam nak tercabut. Memang tak terbayang betapa lenguh nya kaki aku pagi tu.Aduh. Then aku paksa diri aku bangun awal sebab kena buat gotong royong sejam tepi pantai tu, Ada la pegawai KPDNKK join kitorang punya gotong royong. Aku tak nampak sampah pun pagi tu, semua bersih ja so aku, nabila and haikal just bergambar tepi pantai bersama buat kali terakhir. hehe sorry cikgu. Yang geng lain semua busy gotong royong, macam dorang ni. Semangat ja



Dah habis gotong royong kitorang rehat kejap dalam bilik. Geng laki semua berkumpul dalam bilik aku sebab bilik dorang kena banjir punca daripada tandas. Makcik owner chalet tu pulak dok perli-2 dorang. Erghh spoil lah bukan salah kami. Salah makcik lah!


Dah habis rehat, kitorang makan kejap then pukul 12 lebih bas pun dah sampai nak hantar kami balik. Emmm sedih nak tinggalkan pantai tu. Its okayy,  kalau ada rezeki datang lagi. Bas bawak kami pergi sembahyang zohor dekat masjid terapung. Cantik ja masjid atas laut ni. Dah habis sembahnyang kitorang gerak pergi bukit bendera, woww dah cantik sekarang bukit bendera. Dah 2 tahun aku tak datang situ. Tiba-2 hujan kan atas bukit tu. Memang best macam dekat genting highland dengan kabus-2 yang sejuk. Hehe. Dalam pukul 5 kitorang pun gerak balik rumah di seberang. Dalam pukul 6 sampai perda and bas hantar kitorang depan sekolah, itu lah pertemuan kami yang terakhir 24 orang adik beradik 5Arif. Aku nampak muka semua dah tahan sedih ja termasuk aku. Ya la sedih kan, bila lagi nak jumpa dorang. Lepas ni semua dah busy nak kerja. Semua dah busy sambung belajar. Semua dah busy nak kahwin. Eh? Haha.





=

Bagi aku, 2 hari bersama mereka memang tak cukup lah. Rasa nak bersama lagi seminggu. Tapi apakan daya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Kita kena terima hakikat norma kehidupan ini. Semoga persahabatan kita akan terus kekal hingga ke akhirat. Semoga tiada apa yang dapat menghalang kami untuk terus berjumpa dan berkumpul bersama. AMIN .

P/S : Kepada kengkawan 5Arif aku yang terbaca blog ni, aku harap hampa tak sombong dengan aku lepas ni. Hampa dah jadi sebahagian daripada hidup aku. Susah nak hidup tanpa hampa. Thanks sebab bagi aku ceria, sedih, terharu dan marah dekat kelas. Aku takut aku tak akan jumpa lagi kengkawan macam hampa ni. K takmo dah tulis banyak-2. Sedihhh :'(
Alone........................................................