Welcome



Hye, thanks for visiting my ugly blog and annoying post. Hehe btw jangan lupa follow ya

Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Cool Friends



Credits

Template is made by Sharo.
Thanks to Sweet cousin for the big help. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Shafiq Ishak 2013/2014.

// Listen ♥
I Wish I Could Turn Back Time
Monday, November 5, 2012 , 8:38 AM , 0 Comment[s]
Assalammualaikum............
Hye! lama tak update blog ni, bukan sengaja taknak update tapi internet buat hal dengan aku, lembab macam siput babi  zaman dinasour tu, lambat yang teramat! Nak tekan new post ni pun kena tunggu 5 minit. Huhu nasib baik aku ni penyabar kan? Hahah. Aku ada satu cerita nak share dekat korang, dah lama aku pendam perasaan ni.



Ada seorang kawan perempuan aku ni, budak kelas aku and bestfrend aku jugak! Nama dia Tettttt binti Tuttttttt, tak perlu rasanya sebut nama dia. Aku dengan Tettttt binti Tutttttt, member perempuan aku si capital I and member laki aku si capital A  ni selalu keluar hangout or keluar mana-2 je sama-2, maksudnya kami berempat ni memang rapat lah kan. Si capital I dah couple dengan budak form 5, baru je couple, diorang memang sepadan. Oke bukan si Capital I yang aku nak cerita tapi si Tetttt binti Tuttttt ni, dia pun dah couple dengan lelaki yang agak matang bagi aku sebab umur dia 18 or 19 kot? aku pun tak tahu umur dia sebab tak penting pun bagi aku! Tapi Masalahnya perangai boyfriend dia tak sematang yang aku sangka. Dia buka facebook GF dia ni then check semua aktiviti-2 GF dia dekat FB tu. Kalau setakat check tu boleh dimaafkan lah tapi si JANTAN ni post something dekat wall aku guna fb GF dia. Aku tak sempat nak printscren apa yang Jantan tu post sebab aku dah delete tapi aku ingat apa yang jantan tu tulis. Dia tulis macam ni "Hang dok simpan gambar Tettt binti Tuttt ni kenapa? dah lama hidup kot?" Aku geram gila lah dia post macam tu dekat wall aku. Kau tu sawan ke? Bila yang aku simpan gambar GF kau tu? Aku just upload gambar yang kitorang hangout ramai-2 tu sebab Tetttt binti Tuttt yang suruh upload. Yang kau nak jealous tu kenapa? Then gambar si Tettt binti Tuttt ni dengan budak laki kelas aku pun dia suruh member aku delete. Apa masalah kau ni? Yang Tettt binti Tuttt ni pun dah kenapa bagi password facebook kau dekat Jantan tu? Memang rule couple ke? kalau couple wajib bagi password dekat pasangan kita. PERLU KE? Si jantan tu bukan husband kau yang nak control life kau. Yang ni baru couple, kalau dah kahwin macam mana? Maybe dia suruh kau kerja dekat tempat kerja yang tak ada sorang laki pun yang kerja dekat situ. Seriously aku kesian dekat Tettt binti Tuttt, life dia 100% di control oleh BF dia. Dulu masa awal-2 diorang couple aku happy sangat, si Tettt binti Tuttt pun pernah berkata yang BF dia okeyy je and tak kuat jealous. Tapi sekarang? Pisang dah berbuah dua kali. Dulu masa kau couple dengan ex Bf kau tu pun benda yang sama terjadi, tapi ex kau tu tak teruk sangat jealousnya kalau nak dibandingkan dengan BF kau yang sekarang. Aku sedih sangat dengan kehidupan persahabatan remaja aku macam ni, Aku rindu saat-2 gelak tawa aku masa zaman kanak-2 dulu. Bebas nak berkawan dengan lelaki or perempuan. Tapi sekarang zaman remaja semuanya dah berubah. Rasa macam nak pinjam alat doraemon then suruh dia bawak aku dekat zaman kanak-2 aku yang dulu. Ya Allah! Rindunya kawan aku zaman kanak-2 dulu. I wish i could  turn back time!


Akhirnya dapat juga aku luahkan perasaan aku dekat sini, kalau tak bersarang lah perasaan geram aku ni. Aku teringin nak luahkan perasaan geram aku dekat Tettt binti Tuttt ni tapi aku takut dia terasa. Kalau kau baca post ni aku harap kau sedar kay? Aku bukan nak kau break dengan BF kau tu tapi aku nak kau ubah perasaan BF kau tu supaya kau tak kehilangan ramai kawan lagi kay? Kita dah 6 tahun berkawan dan aku taknak kehilangan bestfriend macam kau. Huhu rasa macam nak menangis sekarang!


p/s : Sorry kalau ada pihak yang terasa!