Welcome



Hye, thanks for visiting my ugly blog and annoying post. Hehe btw jangan lupa follow ya

Back to entry
Meet the owner
Exchange links


Chatzone

Cool Friends



Credits

Template is made by Sharo.
Thanks to Sweet cousin for the big help. And also a big applause to Rainboee for his beautiful colour code.


All rights reserved ® Shafiq Ishak 2013/2014.

// Listen ♥
Good Morning :)
Tuesday, October 30, 2012 , 3:50 AM , 2 Comment[s]
Assalammualaikum....
Dah 2 hari aku tak pergi sekolah, semalam dengan hari ni. Minggu ni ja aku malas nak pergi sekolah sebab exam dah habis then tak belajar pun, main je banyak. Ada satu lagi sebab aku malas nak pergi sekolah, bukan sebab aku tak suka dengan cikgu or bergaduh dengan kawan kawan *pelajar baik* tapi aku malas nak bangun pagi-2 , Rutin harian aku waktu pagi macam ni. Sila sediakan tisu sekotak di tepi anda ketika membaca ya. eh?


Pada waktu pagi yang sunyi sepi tiba-2 terdengar suara seorang ibu yang lemah lembut dan gemalai sedang mengejutkan anaknya dan berkata " Shafiq, bangun! pergi sekolah". Tetapi si anak tidak mengendahkan kata-2 tersebut, lalu si ibu pun keluar dari bilik anaknya. 5 minit kemudian, terdengar suara seseorang menjerit " Shafiqqqqqqqqqqqqq, bangun! Dah lewat ni! Kalau tertinggal bas macam mana?" Si anak terkejut lalu bangun dengan serta merta dan berlari masuk ke bilik air untuk mandi, kemudian si anak keluar dari bilik air dan masuk ke dalam biliknya untuk menyiapkan diri ke sekolah. Kemudian si anak sudah siap dengan memakai kasut sekolah dan mencium tangan kedua ibu bapanya dan ibunya menghulurkan duit untuk berbelanja di sekolah.  Dengan sepantas kilat si anak keluar dari rumah sambil berdoa supaya dia tidak tertinggal bas, si anak menunggu bas di depan rumahnya dengan penuh debaran, 2 minit kemudian  bas sekolah yang penuh dengan murid murid yang ceria dan riang datang, lalu si anak masuk ke dalam bas dan pergi ke sekolah dengan keadaan lega dan bersemangat. Jarak antara rumah dan sekolah hanya 3KM. TAMAT!


Pergh macam cerpen kan cerita aku? Maklumlah, praktis buat esei, nanti SPM senang nak score. Hahaha. Haaaa nampak tak keadaan aku pagi-2 macam mana ? Hahahahaha sebab tu lah aku malas nak pergi sekolah, aku suka bangun lambat! Aku jugak tak suka sarapan waktu pagi sebab aku mempunyai masalah penghadaman yang teruk. Kalau aku makan juga, tandas sekolah lah tempat yang sesuai untuk aku pergi sebelum belajar. Hahaha. Okeyy aku nak cerita pasal tandas lelaki sekolah aku pulak. Hahaha joke-2. Better aku berhenti sebelum aku semakin mengarut dan gila. Hahaha oke bye, thanks sebab sudi baca post aku yang entah apa-2 ni. Hehe :)